Jumaat, 13 Ogos 2010
34. SI COMEL NAK PUASA JUGAK
Hari ini si comel nak puasa jugak... maka bangun le bersahur bersama abang ngan kakak nya.. BESAR PUNYE!!! riuh ketika bersahur mengusik nye.. maklum le masih kecil dan OKU pulak tu.. baru nak belajar... tengok le selarat mana puasa nye... si abah nye sepanjang Ramadhan ni sibuk jugak dari mula bersahur sampai le ke malam nye.. apa tak nye, kami se keluarga mengurus dan memasak 2 periuk bubur kanji untuk sadaqah jariah dari penduduk se tempat.. nak rasa datang le ambik kat rumah AA.. Si comel mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah banyak sadaqah kepada AA.. banyak jugak dah dapat duit nye ..boleh le AA beli baju raya nanti... nanti jumpa lagi ye.. "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DARI SI COMEL AA SEKELUARGA"
Jumaat, 6 Ogos 2010
33. STACEY...AA..
UNTUK RENUNGAN.... TIDAK cukup dengan anak ketiga dalam tempoh tiga tahun, wanita yang diiktiraf sebagai ibu terkecil di dunia, Stacey Herald, merancang untuk menambah bilangan keluarganya.
Stacey, setinggi 71 sentimeter, memang sentiasa diperingatkan oleh doktor bahawa kehamilannya boleh mengancam nyawa. Antara lain, tumbesaran janin di dalam rahimnya boleh menyebabkan paru-paru dan jantungnya remuk tertekan. Namun setakat ini Stacey tetap berdegil dan nyawanya masih terselamat sebanyak tiga kali.
Wanita berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat itu menderita penyakit genetik luar biasa dikenali sebagai Osteogenisis Imperfecta yang menyebabkan pembesaran normal badannya terhenti. Selain itu paru-paru Stacey juga tidak membesar seperti sepatutnya, manakala tulangnya menjadi rapuh.
Dia bertemu dengan Wil, paderi daerah yang memiliki ketinggian 1.7 meter ketika bekerja di pasar raya di Kentucky pada 2000 sebelum mengambil keputusan berkahwin dan memulakan keluarga empat tahun kemudian. Kata Stacey, walaupun membesarkan tiga anak menyebabkan dia kesuntukan masa, dia yakin keadaan itu hanya sementara. “Saya melihat ada kemungkinan kami mendapat bayi lagi pada masa depan,” katanya. Menurut wanita itu, dia dan Wil memang mendengar pandangan doktor serta menghormatinya. Bagaimanapun, katanya, bukan semua pendapat itu benar. “Jadi, akhirnya saya dan Wil mengambil tindakan mengikut apa yang kami fikirkan terbaik,” katanya.
Anak bongsu Stacey dan Wil diberi nama Malachi dan bayi lelaki itu kini berusia tujuh bulan. Seperti kakak sulungnya, Kateri, 3, Malachi didapati mewarisi keadaan ibu mereka, manakala anak kedua pasangan itu, Makya, 2, mempunyai saiz sederhana. Malachi dilahirkan pada November tahun lalu melalui pembedahan caesarian menegak yang memang jarang dilakukan. Selepas berbulan-bulan dirawat di hospital kerana masalah pernafasan, Malachi akhirnya dibenarkan pulang pada bulan lalu. Kata Stacey, Malachi dilahirkan tanpa satu pun tulangnya patah. “Biasanya orang seperti kami akan patah tangan dan kaki kerana tulang di bahagian itu rapuh serta mudah rosak ketika proses bersalin,” katanya. Apabila dilahirkan, Malachi, setinggi 12.7 sentimeter dan seberat hanya 0.95 kilogram, terpaksa ditempatkan dalam inkubator untuk rawatan rapi. Ketika baru berusia 17 hari, Malachi mengalami masalah kesihatan serius akibat jangkitan virus. Apabila berusia empat minggu, bayi itu menghidap burut tahap serius dan mengancam nyawanya, memaksa doktor menjalankan pembedahan ke atasnya. Kata Stacey, pada satu ketika doktor memberitahu mereka, jantung Malachi berhenti berdegup. “Kami menjangkakan dia gagal diselamatkan, tetapi syukurlah doktor berjaya memulihkan Malachi. Bagi saya, ia adalah keajaiban,” katanya. Membesar dengan tangan dan kaki lebih kecil akibat mewarisi penyakit ibunya, Malachi beransur-ansur pulih hinggalah doktor membenarkan dia dibawa pulang baru-baru ini.
Di rumah, Stacey masih menyesuaikan diri membesarkan tiga anaknya bersama Wil. Sementara itu, kata Wil, dia dan Stacey perlu lebih berhati-hati kerana ketiga-tiga anak mereka sangat istimewa. “Kami perlu memberi lebih perhatian pada Kateri dan Makya bagi mengelak kedua-dua mereka melakukan sesuatu yang membahayakan ke atas Malachi,” katanya. Menurut Wil, apabila diberitahu anak bongsunya mewarisi penyakit Stacey, mereka berdepan kesedihan yang serius.“Namun kami tahu kami mampu memberi sokongan terbaik kepadanya. Tambahan pula keadaan itu memang dialami Stacey dan Kateri,” katanya.
Di rumah, tugas menjaga anak pada waktu malam, termasuk menukar lampin, menjadi tugas khusus Wil. Semuanya kerana keadaan fizikal Stacey yang tidak mengizinkan. Hanya pada siang Stacey memberi susu badan kepada Malachi. Stacey juga melakukan tugas memandikan anak pada waktu siang menggunakan bekas khas. Almari keluarga itu pula direka bagi membolehkan Stacey mencapai semua barang keperluan tanpa perlu dibantu Wil. Kata Stacey, mereka kini sibuk dan sering kekurangan tidur. “Membesarkan tiga anak memang mencabar walaupun untuk manusia normal,” katanya.
Ketika Stacey terus terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, dia juga berdepan cabaran menguruskan Makya yang lebih tinggi daripadanya. “Saya tak boleh mengawal Makya secara fizikal jika dia meradang. Dia terlalu besar untuk saya. Itu tugas Wil,” katanya. Di sebalik kekalutan itu, bagi Stacey, semuanya menjadikan dia lebih akrab dengan Wil. “Sejak melahirkan Malchi, cinta saya kepada Wil bertambah setiap hari,” katanya. — Agensi……2010/07/11 (ahad)…..harian metro
32. RAMADHAN......(TAZKIRAH 7)
Setiap yang di perintahkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya itu mengandungi beberapa keutamaan yang agung. Antara keutamaan ibadah puasa ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. melalui beberapa sabdanya:
>>>“Telah berfirman Allah ‘Azza Wa Jalla’: “Setiap amal anak Adam itu adalah untuk sendiri, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan ganjarannya. Puasa itu adalah junnah (perisai), kerana itu apabila salah seorang kamu berpuasa, janganlah dia menuturkan kata-kata yang buruk, yang keji-keji dan uacapan-ucapan yang boleh membangkitkan rangsangan syahwat, dan jangan pulalah dia mendatangkan kebisingan. Apabila dia dimaki oleh seseorang atau diajak untuk berkelahi, maka hendaklah dia mengatakan “Aku ini berpuasa….”.
>>>”Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguh-nya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi”.
>>>”Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya”.
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.).
“Saya datang kepada Rasulullah S.A.W., lantas saya berkata : “Suruhlah aku mengerjakan sesuatu amalan yang memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka Rasulullah bersabda: “Tetaplah engkau berpuasa, kerana puasa itu tidak ada bandingannya.” Kemudian saya mendatangi Rasulullah S.A.W. pada kali kedua. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tetaplah engkau berpuasa.”
(Imam Ahmad, Al-Nasari dan Al-Hakim Abu Umamah.)
“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengetahui segala bata-batasnya serta memelihara diri dari segala yang perlu dipelihara diri daripadanya, nescayaa puasanya itu menutupi dosa-dosanya yang telah lalu”.
(Imam Ahmad dan Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri )
“Solat yang lima waktu dari Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa yang terjadi di antaranya, apabila dijauhi segala dosa-dosa besar.”
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.)

Khamis, 29 Julai 2010
31. RAMADHAN......(TAZKIRAH 6)
Cuti hujung minggu lepas si comel ke Zoo Taiping… teringat juga nanti bila dah masuk bulan Ramadhan, si abahnye BESAR PUNYE!!! sibuk… bila pulak nak berjalan.. lagi pun si angah nye dah pelawa.. Moh kite sambung le pulak kisah puasa dan Ramadhan untuk tatapan semua..
Puasa dalam syariat Islam mula-mula diwajibkan ialah pada tahun kedua Hijrah, dengan turun nya ayat Shiyam pada akhir Syaaban tahun tersebut.. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 183)..
“(Iaitu) dalam beberapa hari yang ditentukan. Maka jika ada di antara kamu yang sakit atau di dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang tidak sanggup melaksanakannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan (maksudnya memberi makan lebih daripada seorang miskin) maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih bagi kamu jika kamu mengetahui”. (Surah Al-Baqarah:184)
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu, dan sebagai pemisah (antara yang hak dengan yang batil). Kerana itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan bulan itu, hendaklah dia berpuasa, dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lantas dia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah: 185)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang bermohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (ke arah kebenaran)”. (Surah Al-Baqarah: 186)
“Dihalalkan bagi kamu di malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui, bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu kamu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepada kamu. Maka (sekarang) campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu, dan makan serta minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu , ketika kamu melakukan iktikaf di dalam masjid. Demikianlah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 187)

Isnin, 26 Julai 2010
30. JALAN-JALAN TENGOK HAIWAN….ZOO.
Mata pelajaran sains di sekolah telah mengenalkan si comel ni perihal haiwan.. sebut je zoo si AA ni dah tau, dalam zoo ada banyak haiwan kata nye…. kebetulan pula si angah nye pulak tinggal kat Taiping… apalagi pantang di pelawa angah nye … si comel ke sana pada jumaat lalu dan bermalam di rumah angah nye. Esok nye pagi-pagi lagi dah sampai depan pintu zoo.. si comel apa lagi BESAR PUNYE!!! seronok le … hampir 5 jam kami sekeluarga di dalam… dari jalan kaki hingga last nye kami naik keretapi pulak.. berbaloi le dengan pelaburan RM 58.00. Ini le kali pertama kami sekeluarga ke Zoo Taiping….memang seronok.. Kami berharap yang pihak zoo menjaga kebersihan dan menambahkan lagi koleksi haiwan… serta banyakkan program/ aktiviti di hujung minggu untuk menarik lebih ramai pengunjung… InsyaAllah ada rezeki si abah nye akan membawa ke tempat lain yang lebih menarik lagi..untuk meluaskan pandangan dan pengelaman si comel ini dengan aktiviti luar.. "Salam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat mengerjakan ibadah puasa" dari Si comel AA sekeluarga..
Sabtu, 24 Julai 2010
29. RAMADHAN......(TAZKIRAH 5)
Kedatangan Ramadhan disambut gembira oleh semua para mukmin. Rasulullah S.A.W. sentiasa menggembirakan para sahabatnya atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat. Imam Ahmad dan Al-Nasa’i meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati oleh Allah. Allah memerintahkan agar kamu berpuasa padanya. Pada bulan Ramadhan itu dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam itu, bermakna telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.
Didalam riwayat lain pula dinyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka ucapkanlah selamat datang atas kemunculannya. Telah datang kepada kamu bulan puasa membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu”.

28. RAMADHAN......(TAZKIRAH 4)
Sahabat ada bertanya bagaimana pulak mereka yang tidak mampu untuk memberi atau membawa orang lain berbuka bersamaanya, maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
“Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberi sebutir khurma, atau seteguk air atau seteguk susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu_pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Kerana itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu mencapai keredhaan Tuhan kamu, dan dua perkara lagi untuk kamu sangat memerlukannya. Adapun dua perkara lagi untuk kamu sangat memerlukannya. Adapun dua perkara yang kamu lakukan untuk memperolehi redha Tuhanmu itu ialah mengakui dengan sesungguhnya, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan memohon ampun kepada-Nya . Dua perkara lagi yang sangat kamu sangat memerlukannya, ialah mohon syurga dan berlindung dari api neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang berpuasa (waktu berbuka), nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman dan dia tidak akan merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga”.

Langgan:
Catatan (Atom)