Selasa, 25 Mei 2010

8. YANG DATANG DAN YANG PERGI.....

majlis persandingan keluarga abang ngah dan kak ngah.

Hari Raya Adil Fitri 01.10.2008 adalah hari kegembiraan si comel kerana hari tersebut hari ulang tahun si abah nya yang ke 55 tahun...dan keesokan nya hari pertunangan abang ngah nya . Si comel menyambut dengan BESAR PENYE!!!.... persiapan.. melayan tetamu dan saudara mara dan telatah yang menggelikan hati.. maklumlah nak dapat kak ngah..Abang ngah dan kak ngah selamat di ijab kabulkan pada 21.11.2008 di Masjid Kg. Senduk Tengah, Bukit Gantang dengan sederas je...terrorrrr.

Rumah si comel riuh rendah pada hari kenduri nya 23.11.2008.. kami memeriahkan majlis dengan secara gotong royong..kumpulan rebana tok tam, kompang STB, karaoke.... maklum saja le kenduri menantu yang pertama...Semua dah diberikan tugas masing-masing termasuk lah dengan kerjasama warga taman... Si ibu dan abahnya apalagi salam sini salam sana jumpa saudara mara dan member-member.... member lama dari Seri Manjung pun ramai yang datang....BESAR PUNYE!!!.... gembira dan seronak melayan tetamu.. Abang ngah dan kak ngah bukan main lagi segak nya... dalam itu ada juga yang bertanya... si abang long begik tu bila pulakkkkk....entah le..tunggu kata nya..

Gambar sekeluarga pada hari raya aidil fitri 2009.

Keriangan dan kegembiraan kami sekeluarga menyambut menantu hanya sekejap sahaja... Takdir telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..si comel baru nak mula bermanja.... Mak Andak nya telah meninggalkan kami pada 28.11.2008 dan di ikuti oleh Tok Ali meninggalkan anak cucu cicit nya buat selama-lama nya pada subuh Hari Raya Aidil Adha 8.12.2008..... Kepada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan.


Ini adalah gambar perkahwinan klasik diantara Arwah Tok Ali dan Opah si comel pada 23.11.1939..sama tarikh dengan kenduri abang ngah dan kak ngah...dibawah ini pulak gambar si ibu si comel semasa umur tiga tahun bersama pak long, mak yang, opah dan tok degik...BESAR PUNYE !!! cun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan