Khamis, 29 Julai 2010

31. RAMADHAN......(TAZKIRAH 6)

Cuti hujung minggu lepas si comel ke Zoo Taiping… teringat juga nanti bila dah masuk bulan Ramadhan, si abahnye BESAR PUNYE!!! sibuk… bila pulak nak berjalan.. lagi pun si angah nye dah pelawa.. Moh kite sambung le pulak kisah puasa dan Ramadhan untuk tatapan semua..

Puasa dalam syariat Islam mula-mula diwajibkan ialah pada tahun kedua Hijrah, dengan turun nya ayat Shiyam pada akhir Syaaban tahun tersebut.. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 183)..

“(Iaitu) dalam beberapa hari yang ditentukan. Maka jika ada di antara kamu yang sakit atau di dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang tidak sanggup melaksanakannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan (maksudnya memberi makan lebih daripada seorang miskin) maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih bagi kamu jika kamu mengetahui”. (Surah Al-Baqarah:184)

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu, dan sebagai pemisah (antara yang hak dengan yang batil). Kerana itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan bulan itu, hendaklah dia berpuasa, dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lantas dia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah: 185)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang bermohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (ke arah kebenaran)”. (Surah Al-Baqarah: 186)

“Dihalalkan bagi kamu di malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui, bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu kamu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepada kamu. Maka (sekarang) campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu, dan makan serta minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu , ketika kamu melakukan iktikaf di dalam masjid. Demikianlah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 187)

Isnin, 26 Julai 2010

30. JALAN-JALAN TENGOK HAIWAN….ZOO.


Mata pelajaran sains di sekolah telah mengenalkan si comel ni perihal haiwan.. sebut je zoo si AA ni dah tau, dalam zoo ada banyak haiwan kata nye…. kebetulan pula si angah nye pulak tinggal kat Taiping… apalagi pantang di pelawa angah nye … si comel ke sana pada jumaat lalu dan bermalam di rumah angah nye. Esok nye pagi-pagi lagi dah sampai depan pintu zoo.. si comel apa lagi BESAR PUNYE!!! seronok le … hampir 5 jam kami sekeluarga di dalam… dari jalan kaki hingga last nye kami naik keretapi pulak.. berbaloi le dengan pelaburan RM 58.00. Ini le kali pertama kami sekeluarga ke Zoo Taiping….memang seronok.. Kami berharap yang pihak zoo menjaga kebersihan dan menambahkan lagi koleksi haiwan… serta banyakkan program/ aktiviti di hujung minggu untuk menarik lebih ramai pengunjung… InsyaAllah ada rezeki si abah nye akan membawa ke tempat lain yang lebih menarik lagi..untuk meluaskan pandangan dan pengelaman si comel ini dengan aktiviti luar.. "Salam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat mengerjakan ibadah puasa" dari Si comel AA sekeluarga..

Sabtu, 24 Julai 2010

29. RAMADHAN......(TAZKIRAH 5)

Kedatangan Ramadhan disambut gembira oleh semua para mukmin. Rasulullah S.A.W. sentiasa menggembirakan para sahabatnya atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat. Imam Ahmad dan Al-Nasa’i meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati oleh Allah. Allah memerintahkan agar kamu berpuasa padanya. Pada bulan Ramadhan itu dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam itu, bermakna telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.
Didalam riwayat lain pula dinyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka ucapkanlah selamat datang atas kemunculannya. Telah datang kepada kamu bulan puasa membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu”.

28. RAMADHAN......(TAZKIRAH 4)

Sahabat ada bertanya bagaimana pulak mereka yang tidak mampu untuk memberi atau membawa orang lain berbuka bersamaanya, maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
“Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberi sebutir khurma, atau seteguk air atau seteguk susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu_pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Kerana itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu mencapai keredhaan Tuhan kamu, dan dua perkara lagi untuk kamu sangat memerlukannya. Adapun dua perkara lagi untuk kamu sangat memerlukannya. Adapun dua perkara yang kamu lakukan untuk memperolehi redha Tuhanmu itu ialah mengakui dengan sesungguhnya, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan memohon ampun kepada-Nya . Dua perkara lagi yang sangat kamu sangat memerlukannya, ialah mohon syurga dan berlindung dari api neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang berpuasa (waktu berbuka), nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman dan dia tidak akan merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga”.

27. RAMADHAN......(TAZKIRAH 3)

Di akhir Syaaban ini ramai di antara kita sibuk untuk menghadapi bulan Ramadhan.. Pengurusan masjid juga dengan program ceramah nye.. bah kan khutbah Jumaat pun menerangkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salmah r.a. yang mengatakan Rasulullah S.A.W. menyambut kedatangan Ramadhan dengan berkhutbah sebagai berikut:
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang telah dijadikan Allah sebagai bulan yang diwajibkan puasa padanya, dan beribadah pada waktu malamnya ialah suatu amal tathauwwu’. Barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya , samalah dia dengan orang yang mengerjakan fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan fardhu di malam bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar , sedangkan ganjaran sabar itu adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan yang memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa yang memberikan makanan berbuka padanya kepada seseorang yang berpuasa, adalah merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti orang yang mengerjakan puasa itu , tanpa sedikitpun berkurang”.

Selasa, 20 Julai 2010

26. RAMADHAN......(TAZKIRAH 2)

Menjelang bulan Ramadhan ini... ramai yang menyambut nye dengan membuat kenduri tahlil dan doa selamat... untuk kedua ibubapa serta keluarga yang telah mendahului kita.. bagi si comel AA ini lah peluang bertemu saudaramara.
Ramadhan mempunyai keistimewaan dan pengertian nya tersendiri, sebab tu para ulama ada yang menyebut Ramadhan itu dengan nama-nama berikut:

a. Syahr Allah (Bulan Allah)
b. Syahr Al-Ala'i (Bulan Nikmat)
c. Syahr Al-Quran (Bulan Al-Quran)
d. Syahr Al-Najah (Bulan Kelepasan)
e. Syahr Al-Jud (Bulan Kemurahan)
f. Syahr Al-Muwasah (Bulan Pertolongan)
g. Syahr Al-Tilawah (Bulan Membaca)
h. Syahr Al-Shabr (Bulan Kesabaran)
i. Syahr Al-Shiyam (Bulan Berpuasa)
j. Syahr Al-Rahmah (Bulan Rahmat)
k. Syahr Al-'Id (Bulan Bergembira)

"Selamat menyambut ibadah puasa dari si comel AA sekeluarga.."

Ahad, 18 Julai 2010

25. RAMADHAN......(TAZKIRAH 1)

Menjelang Ramadhan ni...si abah AA nak jadi ustaz pulak..semoga tazkirah ini dapat petunjuk dan hidayah kita bersama..Amin..
Allah S.W.T. memilih bulan Ramadhan sebagai suatu masa untuk melimpah rahmat dan nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, di antara nikmat-Nya yang paling agung ialah Al-Quran. Secara jelas nya dapat dinukilkan sebagai berikut:
a. Bulan Ramadhan ialah bulan yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi semua manusia dan sebagai mukjizat agung bagi Nabi Muhammad S.A.W., ini di tegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah:185.
b. Bulan berlakunya perang Badar Al-Kubra (hari Jumaat,tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah), kemenangan peperangan ini semakin meninggikan lagi kalimah tauhid dan keruntuhan menyeluruh bagi pihak kaum musyrikin sebagaimana termaktub dalam Al-Quran, surah Al-Anfal:41.
c. Bulan yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk Rasul-Nya menaklukkan Makkah Al-Mukarramah dan mengambil alih kuasa pimpinan dari kaum musyrikin (Perjanjian Hudaibiyah)..firman-Nya: "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata".-(surah Al-Fath:1).
d. Satu malam 1,000 bulan...malam dikenali dengan malam Al-Qadar..firman-Nya: "Malam Al-Qadr (kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan".- (surah Al-Qadr:3).
e. Untuk melaksana ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dan kurnia-Nya..firman-Nya: "Wahai orang-orang beriman!, diwajibkan kepada kamu berpuasa , sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa". (surah Al-Baqarah:183).. Firman Allah ditegaskan lagi oleh Rasullullah S.A.W. sabdanya, yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah, yang bermabksud: " Bulan Ramadhan, adalah bulan yang Allah memfardhukan atas kamu berpuasa padanya, dan telah aku sunnahkan kepada kamu berdiri dan beribadah didalamnya. Barangsiapa yang melakukan solat tarwih pada malam harinya kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya orang itu keluar dari dosanya, sebagaimana hari dia dilahirkan oleh Ibunya".
f. Ditutup pintu neraka, dibuka pintu syurga dan dibelenggu segala jin dan syaitan.. Rasullullah S.A.W. melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguh telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...".

"Selamat menyambut ibadah puasa dari si comel AA sekeluarga.."

Sabtu, 17 Julai 2010

24. BULAN RAMADHAN DAN KEISTIMEWAANNYA...Mukaddimah

Kini telah masuk bulan Syaaban.... Ramadhan menjelang tiba.. seorang muslim tidak akan cemas, takut atau khuatir menyambut kedatangan Ramadhan, kerana kedatangan Ramadhan itu memang diharapkannya.. disambut dengan ucapan "Marhaban Bik Ya Ramadhan". Pengurusan mesjid kariah si comel ada membuat pelbagai persiapan sepanjang Ramadhan ni.. Si abah nye pulak dengan izin-Nya akan membuat Bubur Lambuk seperti tahun yang lalu untuk di sedekahkan kepada kaum muslim di kariah ini. BESAR PUNYA!!! keistimewaan, kelebihan dan agungnya bulan Ramadhan yang diberi oleh Allah S.W.T. yang dalam nya Allah S.W.T. turunkan Al-Quran, sesuai dengan firman-Nya,
" Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, untuk petunjuk bagi manusia, dan beberapa keterangan terhadap petunjuk dan sebagai pemisah (antara yang benar dengan yang batil)...." (Surah Al-Baqarah:185)

Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan tentang kelebihannya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Malik, yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menghadiri majlis ilmu dalam bulan Ramadhan, maka setiap langkahnya (kemajlis itu) akan di tuliskan oleh Allah sebagai ibadah satu tahun dan dia akan bersamku di bawah 'Arasy. Barangsiapa yang terus mengikut jamaah selama Ramadhan, Allah akan memberinya pada setiap rakaat sebuah kota yang penuh dengan nikmat Allah. Barangsiapaa yang berbakti kepada kedua-dua orang ibu bapanya dalam bulan Ramadhan, akan merasai kelazatan memandang Allah dan aku akan menjadi temannya didalam syurga. Tiada seorang pun dari wanita yang selalu mengusahakan keredhaan suaminya selama bulan Ramadhan, kecuali wanita itu akan memperolehi pahala seperti Maryam dan Asiah. Dan barangsiapa yang menyampaikan hajat saudaranya sesama muslim dalam bulan Ramadhan, maka Allah akan menyampaikan 1000 hajatnya kelak pada hari khiamat."

Demikian agungnya Ramadhan, demikian banyaknya berkat yang dibawanya kepada orang beriman. Dan amat merugilah orang-orang yang tidak berusaha untuk mempersuntingkan berkat demi berkat itu untuk dirinya dan ahli keluarganya..

Ahad, 11 Julai 2010

23. JOM KITA GI MAKAN....KAK CHOR BELANJA..

Hilang je sembelit... dah lapo.. kira nak makan je.. kak chor nye pulak baru dapat elaun LI.. apalagi... kak chor nye kena belanja le makanan favourite..nye PIZZA, jom kite g makan Pizza kate kak chor.. si comel AA pun BESAR PUNYE!!! happy le.. makan le sampe tak larat nak melantak lagi dibuat nye.. Kak cik, abah dan mak nye pun tumpang sekali le.. dah selesai makan kami pun pegi shopping.... tengok2 aje.. mode nye tak mandang kate abah nye.
terima kasih kak chor.. bila dah keje dapat gaji boleh le bawa AA makan lagi eak..




















Dalam perjalanan balik, teringat pulak nak singgah kat Tmn Rekreasi Gunung Lang.. tu le duduk je kat Ipoh ni tapi belum pernah lg sampe.. rupa nye baik punye tempat. Apalagi kami pun naik le bot, kak chor belanje... Si comel BESAR PUNYE!!! seronok le, tapi tu le pulak baru nak seronok...tiba2 hujan renyai pulak... jadi tak leh nak lama sedikit di sana.. Tak ngapa le, lain kali AA boleh datang lagi.. tentu MBI.. Datuk Bandar boleh bagi diskaun tambang bot sebab si comel dah buat promosi kat depa yang membaca blog AA ni.. harap2 jaga le keindahan taman ni, jangan biar kan ulat2 datang mengocah tempat ini...


Khamis, 8 Julai 2010

22. SEMBELIT..SEMBELIT..SEMBELIT.. APA PENAWAR NYE...

Sembelit...sembelit...sembelit...apa lah agak penawar nye.. dari kecil lagi semasa mula nye si comel mengidap OI...AA dah sembelit.. tak tau le nak bagi makan apa lagi... semua suruh makan.. makanan berseratttttt.. sayur.. prune.. betik.. mangga.. macam2 le.. tapi tak jugak.. masih sembelit.. semalam cikgu dah tefon suruh ambik kat sekolah..sakit perut...maka cuti le si comel ni hingga hujung minggu ni...

Bila masuk wad, prof & doktor dah tak tanye masalah patah...nak tau apa tanye nye... 'sudah berak ke..' jawab nye 'belum le..' semua jenis ubat dah doktor bagi makan..tapi tu le masih tak lawas lagi..hingga pakar pemakanan datang beri nasihat. Cecair sabun yang sumbat kat dubur pun tak juga menjadi jugak.. pernah sampai kerana sembelit si comel ni masuk wad kat HUKM..apa tak nye perut nye BESAR PUNYE!!! kembung sebab pundi kencing nye dah tersumbat.. Pada pendapat si abah nye.. sebab sembelit hanye le pasal di tak boleh bergerak.. bak kata org Perak 'tak berambat..' kurang pergerakan nye asyik duduk dan baring je..
si comel tengah sedap meratah buah kiwi

ni le penawar nye.. buah kiwi.. yang sembelit boleh le cuba..eak.





Petang tu si abah nye pergi ke JJ meneman kak chor nye shopping.. terpandang le BESAR PUNYE!!! banner kat JJ tertulis... ' JUARA SERAT '... iaitu buah KIWI.. si abah nye terus beli untuk bagi try kat si comel makan.. ada 5 biji dalam se kotak tu.. sampai di rumah je terus kupas bagi makan... sedap kata si comel.. tak lama kemudian apa lagi BESAR PUNYE!!! pancutan keluar le.. lega kami anak beranak.. ALHAMDULILLAH.. jawab nye selepas ni buah kiwi lah jadi penawar nye..

Isnin, 5 Julai 2010

21. HUKM.....3 HARI 2 MALAM.

Seperti di janjikan pada 29.6.2010..si comel AA ke HUKM bersama mak,abah,angah dan kak ngah.. untuk masuk ubat Pamidronate (yang ke 24 cycle). Selalu nye kami bermalam di rumah Pak Long AA..tapi kerana Pak long dah pindah ke Batu Gajah... si comel pagi lagi jam 6.30 pagi dah keluar naik kete angah terus ke HUKM.. Si comel terus ke klinik pada jam 10.30 dan ditempatkan di wad 4. Semua 6 orang pamidronate team ada bersama.....Rafizi,Adam,Akmal,Azam dan Ain.. Di hari pertama pamidronate masuk jam 5.30 ptg habis jam 11.30 mlm..dan hari kedua mula jam 11.30pg hingga 5.30 ptg.... selama 6 jam le pamidronate team ni tak boleh nak berjalan dan duduk je le atas katil..




Kami 3 beranak...Si abah, angah dan kak ngah bermalam di rumah Mc Donald..selama 2 malam..BESAR PUNYE!!! best bilik nye..cukup selesa.. apa lagi si angah nye sempat juga bawa le abah nye ke down town kate deme.. Musim bola 'World Cup' ni.. apalagi si abah nye beli le baju team Belanda dan angah nye Brazil..dah tentu le si abah nye lagak abis sebab team nye menang.. tak lupa juga buah tangan untuk si comel.. angah nye belikan sepasang kasut crocs.. apalagi si comel BESAR PUNYE!!! happy le dapat kasut tu...


Angah dan kak ngah sibok nak begambar juga depan rumah Mc D









ni le baju dan kasut nye...lawa tak..


ni pulak kete si angah AA..

Pada hari ketiga pulak... pamidronate masuk jam 11.15 pg dan abis jam 5.10 ptg.. ambil darah jam 5.40 ptg.. kami pamidronate team dah happy tentu dapat balik awal kerana biasa nye keputusan darah tak le lama sangat.. pukul 7.00 mlm boleh le terus balik agak nye.. kerana diantara kami ada yang nak balik ke Pahang, Melaka dan si comel nak balik Ipoh..boleh le tengok bola live 'Belanda vs Brazil'. tapi sebalik nye berlaku.. doktor tak ada kat wad ada kecemasan kate nurse... buku laporan pun tak di buat nye lagi apatah pulak discharge repot.. apalagi mak-mak pamidronate team dgn abahnye mula naik angin .. macam2 telatah le..si abah nye BESAR PUNYE!!! frust.. tak dapat tengok bola..pukul 9.00 baru line clear..bola start pukul 10.00 pulak...tak tengok le si abah nye...tapi nasib baik le team abah nye Belanda menang.. si angah nye, si bude dan abg begik nye juga melopong le sebab Brazil kalah.. Harap-harap masa akan datang ambil le perhatian ke atas kami yang datang dari jauh ni... Alhamdulillah Si comel sekeluarga selamat sampai di rumah jam 1.00 pagi. janji temu akan datang pada 29.9.2010..hari rabu...jenguk le ke HUKM kalau nak jumpa si comel AA..