Ahad, 18 Julai 2010

25. RAMADHAN......(TAZKIRAH 1)

Menjelang Ramadhan ni...si abah AA nak jadi ustaz pulak..semoga tazkirah ini dapat petunjuk dan hidayah kita bersama..Amin..
Allah S.W.T. memilih bulan Ramadhan sebagai suatu masa untuk melimpah rahmat dan nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, di antara nikmat-Nya yang paling agung ialah Al-Quran. Secara jelas nya dapat dinukilkan sebagai berikut:
a. Bulan Ramadhan ialah bulan yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi semua manusia dan sebagai mukjizat agung bagi Nabi Muhammad S.A.W., ini di tegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah:185.
b. Bulan berlakunya perang Badar Al-Kubra (hari Jumaat,tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah), kemenangan peperangan ini semakin meninggikan lagi kalimah tauhid dan keruntuhan menyeluruh bagi pihak kaum musyrikin sebagaimana termaktub dalam Al-Quran, surah Al-Anfal:41.
c. Bulan yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk Rasul-Nya menaklukkan Makkah Al-Mukarramah dan mengambil alih kuasa pimpinan dari kaum musyrikin (Perjanjian Hudaibiyah)..firman-Nya: "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata".-(surah Al-Fath:1).
d. Satu malam 1,000 bulan...malam dikenali dengan malam Al-Qadar..firman-Nya: "Malam Al-Qadr (kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan".- (surah Al-Qadr:3).
e. Untuk melaksana ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dan kurnia-Nya..firman-Nya: "Wahai orang-orang beriman!, diwajibkan kepada kamu berpuasa , sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa". (surah Al-Baqarah:183).. Firman Allah ditegaskan lagi oleh Rasullullah S.A.W. sabdanya, yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah, yang bermabksud: " Bulan Ramadhan, adalah bulan yang Allah memfardhukan atas kamu berpuasa padanya, dan telah aku sunnahkan kepada kamu berdiri dan beribadah didalamnya. Barangsiapa yang melakukan solat tarwih pada malam harinya kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya orang itu keluar dari dosanya, sebagaimana hari dia dilahirkan oleh Ibunya".
f. Ditutup pintu neraka, dibuka pintu syurga dan dibelenggu segala jin dan syaitan.. Rasullullah S.A.W. melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguh telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...".

"Selamat menyambut ibadah puasa dari si comel AA sekeluarga.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan