Sabtu, 24 Julai 2010

29. RAMADHAN......(TAZKIRAH 5)

Kedatangan Ramadhan disambut gembira oleh semua para mukmin. Rasulullah S.A.W. sentiasa menggembirakan para sahabatnya atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat. Imam Ahmad dan Al-Nasa’i meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati oleh Allah. Allah memerintahkan agar kamu berpuasa padanya. Pada bulan Ramadhan itu dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam itu, bermakna telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.
Didalam riwayat lain pula dinyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka ucapkanlah selamat datang atas kemunculannya. Telah datang kepada kamu bulan puasa membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan