Sabtu, 24 Julai 2010

28. RAMADHAN......(TAZKIRAH 4)

Sahabat ada bertanya bagaimana pulak mereka yang tidak mampu untuk memberi atau membawa orang lain berbuka bersamaanya, maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
“Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberi sebutir khurma, atau seteguk air atau seteguk susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu_pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Kerana itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu mencapai keredhaan Tuhan kamu, dan dua perkara lagi untuk kamu sangat memerlukannya. Adapun dua perkara lagi untuk kamu sangat memerlukannya. Adapun dua perkara yang kamu lakukan untuk memperolehi redha Tuhanmu itu ialah mengakui dengan sesungguhnya, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan memohon ampun kepada-Nya . Dua perkara lagi yang sangat kamu sangat memerlukannya, ialah mohon syurga dan berlindung dari api neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang berpuasa (waktu berbuka), nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman dan dia tidak akan merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan