Khamis, 29 Julai 2010

31. RAMADHAN......(TAZKIRAH 6)

Cuti hujung minggu lepas si comel ke Zoo Taiping… teringat juga nanti bila dah masuk bulan Ramadhan, si abahnye BESAR PUNYE!!! sibuk… bila pulak nak berjalan.. lagi pun si angah nye dah pelawa.. Moh kite sambung le pulak kisah puasa dan Ramadhan untuk tatapan semua..

Puasa dalam syariat Islam mula-mula diwajibkan ialah pada tahun kedua Hijrah, dengan turun nya ayat Shiyam pada akhir Syaaban tahun tersebut.. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 183)..

“(Iaitu) dalam beberapa hari yang ditentukan. Maka jika ada di antara kamu yang sakit atau di dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang tidak sanggup melaksanakannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan (maksudnya memberi makan lebih daripada seorang miskin) maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih bagi kamu jika kamu mengetahui”. (Surah Al-Baqarah:184)

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu, dan sebagai pemisah (antara yang hak dengan yang batil). Kerana itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan bulan itu, hendaklah dia berpuasa, dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lantas dia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah: 185)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang bermohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (ke arah kebenaran)”. (Surah Al-Baqarah: 186)

“Dihalalkan bagi kamu di malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui, bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu kamu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepada kamu. Maka (sekarang) campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu, dan makan serta minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu , ketika kamu melakukan iktikaf di dalam masjid. Demikianlah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 187)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan