Rabu, 19 Mei 2010

3. HARAPAN DAN BERKAT DOA

Hampir satu tahun enam bulan kami sekeluarga berikhtiar untuk memulihkannya, pihak hospital kerajaan tidak dapat membantu kerana ubatnya tiada. Kami meminta pertolongan orang dan berdoa kepada Tuhan Yang Maha Agong memohon rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.

Maksudnya:
'Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami, dan dia lupa kepada kejadian; dia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang, yang telah hancur luluh?" (Surah Yasin: 78).



Banyak liku-liku hidup yang kami tempuhi ketika itu hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui. Berkat doa setiap hari dan waktu pihak Hospital Seri Manjung mengarahkan kami merujuk kepada pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur pada 29.3.2004...... Doktor kata si comel AA ini kena pergi juga pada hari tersebut kerana inilah BESAR PUNYE !!! peluang dan harapan untuk mendapat rawatan kerana di HUKM mempunyai ramai doktor-doktor pakar.

2 ulasan: