Khamis, 20 Mei 2010

5. RUMAHKU CERIA



Syukur Alhamdulillah...... Si comel AA dan kami sekeluarga kembali ceria walaupun banyak dugaan yang terpaksa dilalui..maklumlah pada setiap enam minggu ke HUKM KL, dan setiap minggu pulak ke Hospital Ipoh bagi menjalani rawatan susulan/fisioterapi.Sekarang ini si comel AA dah menjadi sahabat kepada doktor-doktor dan juga jururawat-jururawat, apa tidaknya sudah melebihi enam tahun asyik berulang ke hospital sahaja..perasaan takut kena cucuk jarum ubat tidak menjadi hal lagi walau pun jarumnya BESAR PUNYE!!!.....dah bisa katanya..dah dua kali AA buat pembedahan kat HUKM bagi membetulkan tulangnya...apa nak takutkan...biasa aje...

Pada 27.3.2005 kami sekeluarga berpindah dari rumah sendiri di 1E, Seri Manjung ke Ipoh tempat si bapa si comel diperbesarkan kerana untuk memudahkan urusan rawatan dan perjalanan ke hospital.....

HUKM rumah kedua si comel AA, Kamaliah,Hidayah, Rafizi, Ganeson dan adiknya, Rozita, YB Fatin, Syafiqa, Azam, Adam, Ain, Akhmal......ada lima belas orang semuanya pamidronate team yang hampir sebaya dengan AA..Seronok pulak dapat berkumpul dan berkenalan, macam nak buat persatuan pengguna pamidronate pulak.....
Pak Nil..AA comel kan.. macam Pak Nil jugak..terima kasih ye datang melawat AA.

Si comel AA ini dah mula BESAR PUNYE!!! kelakar....maklumlah yang bongsu dari enam adik-beradik...hingga kak Long awet abang begiknya pun kena ikut perintahnya..Si ibu bapanya dah jadi mainannya..ada ke mulut abahnya dikatanya macam mulut ikan keli..Itulah agaknya ketika masih dalam kandungan ibunya lagi, kami sentiasa berdoa bayi ini kelak akan menjadi penyeri dan periang di dalam keluarga kita. Si comel inilah kelak akan menjadi teman dan gurauan mainan kami ketika bersara nanti... si abah akan menjadi derebar menghantar nya setiap hari ke sekolah dan si ibu nya pulak menjadi guru besor nya dirumah....dan tentunya lah si abang long, abang ngah, kak chor, abude dan kak cik nya akan membantu pelajarannya...Rumah kami riuh jika si comel ini ada di rumah...riuh rendah ketawa nya menyakat si abang-abang dan kakak-kakak nya...ada je celoteh nya...

2 ulasan: